Semak jumlah email dihantar di Amazon SES

Notifikasi email dengan SMTP Gmail

Notifikasi email dari sistem adalah fitur wajib bagi semua sistem. Kebiasaannya, notifikasi email dibuat menggunakan SMTP Gmail, dan menggunakan sender email seperti <[email protected]>. Kaedah ini walaupun percuma tetapi datang dengan beberapa kekurangan:

  1. Had penghantaran sehari sebanyak 500 email (percuma) hingga 2000 email (berbayar) sahaja
  2. Mailbox sender harus diset terlebih dahulu, dan akan menerima reply (sekiranya ada) daripada setiap email yang dihantar.

Melihat kepada situasi ini, kami mencari solusi lain yang boleh digunakan untuk menghantar email notifikasi – iaitu Amazon SES.

Amazon SES

Amazon SES atau (Simple Email Services) adalah servis di AWS yang boleh digunakan untuk menghantar email dari sistem. Dengan SES, sistem yang di bina di dalam EC2 boleh menghantar sehingga 50,000 email dalam masa 24 jam, dengan kadar 14 email sesaat. Harga untuk setiap email pula ialah USD0.1 untuk setiap 1000 email, dengan 62,000 email pertama setiap bulan adalah percuma. Ya betul, anda hanya mula membayar apabila menghantar email ke 62,001 pada bulan yang sama.

Maklumat lebih lanjut tentang Amazon SES di sini, dan harganya di sini

Cara penggunanaan Amazon SES akan kami kongsikan di dalam post yang akan datang. Kali ini, kami kongsikan dahulu cara untuk menyemak jumlah email yang telah dihantar pada satu-satu masa di Amazon SES.

Semak jumlah email telah dihantar

Untuk melihat jumlah email yang telah dihantar:

  1. Login ke AWS Console, dan pilih Region yang betul
  2. Di pilihan Service, pilih Amazon Simple Email Service
  3. Di Account Dashboard, pilih Reputation metrics
  4. Messages sent akan memaparkan jumlah email yang dihantar 24 jam yang lalu menggunakan SES.
Share

You may also like...