Menghasilkan MVP untuk produk anda

Minimum Viable Product

MVP atau Minimum Viable Product adalah initial produk dengan fitur minima yang boleh digunakan oleh target audience untuk tujuan mendapatkan feedback daripada mereka. Diambil dari konsep Lean Startup, MVP menekankan pengumpulan feedback secara maksima untuk versi produk yang sedang dibangunkan. Feedback yang diterima, akan diproses, dan digunakan sebagai input untuk MVP 2.0, MVP 3.0 dan seterusnya.

MVP bukanlah produk yang siap sepenuhnya, tetapi produk yang boleh digunakan dengan fungsi minima untuk mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan pada sesuatu masa. Ia bukanlah mock-up, bukan juga prototaip, tetapi adalah produk sebenar yang boleh digunakan oleh pengguna. Dengan setiap pelancaran versi MVP, proses mendapatkan feedback turut dilancarkan, kebiasannya daripada aplikasi produk sendiri. Daripada feedback yang diterima, team produk akan cuba untuk menyelesaikan masalah-masalah dari pengguna dan akan membuat proses prioritasi (prioritization) fitur kepada MVP seterusnya. Proses ini dinamakan iterasi (iteration).

Dengan setiap iterasi MVP (MVP 1.0, MVP 2.0, MVP 3.0 dan seterusnya), team produk akan dapat mengenalpasti apakah fitur yang lebih digemari oleh pengguna, dan apakah fitur yang jarang atau tidak digunakan langsung oleh pengguna. Dengan ini, masa yang digunakan oleh team produk akan lebih menjerus kepada apa yang penting di mata pengguna, dan bukan apa yang difikirkan penting di mata team produk.

Proses iterasi ini akan berlangsung sepanjang produk itu dihasilkan. Dari feedback yang diterima juga, kemungkinan hasilnya menjurus kepada sangat sedikit pengguna yang menggunakan produk, dengan erti kata lain, tiada pengguna yang berminat dgn produk ini. Oleh itu, team produk kemungkinan akan terus menghentikan proses produksi, atau pivot kepada objektif lain yang lebih mungkin mendapat tempat di hati pengguna.

Pivot ialah perubahan kepada strategic direction kepada bisnes atau produk

ProductPlan.com

Rujuk gambar di bawah, ia menunjukkan definisi MVP yang salah, dan juga definisi MVP yang tepat.

Source: blog.crisp.se

Mengambil contoh di atas, produk yang dikehendaki oleh pengguna ialah sesuatu untuk membawa mereka dari point A ke point B.

Cara yang salah untuk menghasilkan MVP

Source: blog.crisp.se
MVP1.0Team hanya menghasilkan sepasang roda.
Pengguna tidak dapat menggunakan produk ini untuk menyelesaikan masalah mereka iaitu membawa mereka dari point A ke point B
MVP2.0Team menghasilkan 2 pasang roda.
Masih tidak menyelesaikan masalah mereka
MVP3.0Team menghasilkan kereta yang tidak boleh dipandu
Masih tidak menyelesaikan masalah mereka
MVP4.0Team menghasilkan kereta yang boleh dipandu –
Baru lah boleh cuba digunakan. Sama ada menyelesaikan masalah sebenar, belum tahu.

Disini kita boleh lihat, bagaimana proses yang panjang diperlukan untuk sampai ke MVP 4.0. Dan, produk pertama yang boleh digunakan oleh pengguna ialah pada iterasi ke 4, yang mana masa yang diambil adalah agak lama, dan pada waktu ini, kemungkin telah ada produk lain yang lebih baik di pasaran dan team akan kehilangan pelanggan/pengguna. Dan apabila pengguna mula menggunakan MVP 4.0, pastinya akan ada banyak bug atau improvement yang diperlukan, menyebabkan lebih ramai pengguna tidak berpuashati, dan akhirnya lari kepada pesaing yang lain.

Teknik ini turut dikenali sebagai teknik waterfall yang banyak digunakan oleh team pembangun aplikasi. Teknik waterfall kebiasannya mengambil masa yang lama untuk menghasilkan produk yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna.

Cara yang betul untuk menghasilkan MVP

Source: blog.crisp.se
MVP1.0Team menghasilkan skateboard.
Pengguna dapat menggunakan produk ini dan dapat membawa mereka dari point A ke point B. Tetapi di sini, mereka akan memberi feedback seperti – tidak stabil, tidak selamat dan lain-lain.
MVP2.0Daripada feedback yang diterima, team menambahkan pemegang kepada skateboard di MVP1.0
Pengguna masih boleh menggunakan produk ini, dan menyelesaikan masalah mereka. Feedback yang diberi kali ini ialah mereka mahu lebih cepat sampai ke point B.
MVP3.0Team menerima feedback, dan mengevolusikan produk menjadi sebuah basikal.
Pengguna mendapati, produk ini menyelesaikan masalah mereka. Feedback kali ini ialah mereka agak letih mengayuh, jadi mereka mahukan produk yang boleh bergerak tanpa perlu dikayuh selalu.
MVP4.0Mengambil feedback dari MVP3.0, team meletakkan enjin pada basikal itu, untuk menjadikan motosikal.
Produk ini menyelesaikan masalah mereka di MVP3.0, walaubagaimana pun, lebih ramai lagi yang mahukan produk yang lebih selamat, stabil dan lebih pantas.
MVP5.0Feedback dari MVP4.0, team telah menjadikan produk kali ini sebagai sebuah kereta.
Produk ini menyelesaikan masalah mereka di MVP4.0, yang mana mereka mahukan produk untuk membawa mereka dari point A ke point B, lebih selamat, stabil, dan pantas.

Kesimpulan

Time is Money

Untuk bergerak pantas, penghasilan MVP sangat penting untuk memastikan apa yang dihasilkan memenuhi kehendak pelanggan dan pengguna anda. Feedback daripada pelanggan adalah sangat penting sama ada di awal pembangunan produk, pelancaran produk, hingga lah kepada pengakhiran produk. Dengan feedback juga, team produksi sentiasa boleh mengalihkan strategi dan pivot kepada objektif bisnes yang lebih bermanfaat dan memberi impak kepada pengguna.

Walaupun begitu, tidak semua projek mampu menggunakan konsep MVP kemungkinan dengan kekangan regulasi, compliance dan lain-lain. Kemungkinan sedikit proses kreatif dapat disuntik pada gabungan MVP dan teknik waterfall untuk mendapatkan feedback seawal projek bermula.

Kebanyakan produk dihasilkan oleh HPCS menggunakan teknik MVP dan kami sentiasa mengambil feedback dari pelanggan untuk menambahbaik produk kami. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami melalui Whatsapp.

Share

You may also like...