7 Tips Layan Scammer On Call

Terlalu banyak kita dapat panggilan scammer setiap hari. So apa yang anda perlu buat sampai scammer ni GIVE UP guys..

Sila ikut 7 TIPS ni bila anda dapat panggilan dari scammer ya.

  1. Boleh saya tahu NAMA anda?
    • Sebab mudah nak sebut nama dia & ingat nama dia
  2. Anda call dari badan kerajaan mana?
    • Anda kena tahu, banyak betul jabatan yang ada dalam Kerajaan Malaysia ni. Paling famous LHDN. Betulkan?
  3. Apa jawatan anda?
    • Pemanggil ni mesti ada jawatan tertentu dalam jabatan. Tak pasti sama ada kerajaan akan sub bahagian customer service ni pada syarikat swasta atau sebaliknya. Kalau ada boleh share info ya.
  4. Anda dari unit mana?
    • Selain dari jabatan yang anda kena tahu, sila ambil tahu juga si pemanggil dari unit mana. Unit HR ka Unit Kerja Khas ka apa ka. At least korang ada info ni ye.
  5. Apa alamat emel anda?
    • Info emel pulak korang boleh maklumkan untuk tindakan susulan nak tanya apa-apa boleh direct vie emel dia.
  6. Nombor direct line anda?
    • Nombor telefon pejabat guys… Boleh inform si pemanggil sekiranya talian terputus, anda akan call dia semua menggunakan direct line. Peringatan mesra.. Pihak KERAJAAN tidak akan menggunakan nombor telefon personal / bimbit sebagai urusan formal/rasmi. Please take note ya
  7. Kalau bagi nombor akaun atau apa sahaja nombor yang dia minta, letak ikut aturan.
    • Scammer kalau tak minta nombor akaun memang tak sah. Betulkan? Jadi apa yang anda kena buat adalah, baca je nombor ikut turutan kalau nombor akaun maybank sebagai contoh ada 16 digit, anda baca je 1122 3344 5566 7788 sampai dia give up.

Belajar sesuatu untuk uruskan panggilan dari SCAMMER?

Share

You may also like...